Jemputan Ke Majlis Perasmian Program Syukuri Nikmat
27 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Jun 2019 telah berlangsungnya “JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SYUKURI NIKMAT " disertai oleh seramai melebihi 300 orang yang terdiri pelajar sekolah iaitu pelajar-pelajar SMK Kemahang, Felda Kemahang Tanah Merah, Kelantan. Program ini merupakan anjuran oleh Felda Wilayah Gua Musang dan staf Pusat Internet di bawah kluster Tanah Merah telah dijemput bagi memeriahkan lagi Majlis ini.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengisian mengenai pelbagai agensi berkaitan antaranya taklimat daripada pihak AADK berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah. Selain itu taklimat daripada wakil SKMM (Pusat Internet) berkaitan kesedaran keselamatan penggunaan internet malah ada juga taklimat daripada pihak BOMBA & Penyelamat berkaitan kesedaran keselamatan diri & harta benda. Disamping itu juga taklimat LPPKN berkaitan kesedaran keselamatan diri (kanak - kanak) serta taklimat daripada JKJR mengenai kesedaran keselamatan jalan raya. Akhir sekali adalah taklimat daripada pihak FELDA sendiri berkaitan perancangan aktiviti.
PI mengambil peluang ini untuk sama-sama menyedarkan mereka tentang risiko jenayah siber yang mungkin akan dihadapi oleh mereka & bagaimana mengatasinya. Mereka juga diberikan tip bagaimana untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah siber dengan mengamalkan amalan Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: